Perniagaan Melalui Talian Satu Pilihan
February 9, 2008 7:36 am Online BusinessBanyak bentuk perniagaan yang boleh diceburi oleh mereka yang sibuk dan berkerjaya. Antaranya perniagaan secara online. Kebanyakan kita masih mengharapkan tambahan pendapatan daripada sumber yang sedia ada. Maklumlah banyak biaya yang perlu ditanggung yang sekarang semakin terasa kesan kenaikannya. Tetapi kita tidak mahu penglibatan kita begitu ketara sehingga disalah tafsir sebagai melakukan kerja lain dan mengganggu kerja utama kita. Sebagai contoh anda memiliki kain batik untuk dijual, tetapi anda rasa bersalah untuk menjualnya di tempat kerja. Memang salah pun. Tetapi jika anda memiliki web jualan sendiri anda boleh memasarkannya secara online atau menjualnya di ebay sahaja. Majikan anda tidak akan melihat kelibat anda menjual kain batik dan dengan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah ke atas anda sebagai kakitangan awam. Anda melakukannya secara sambilan sahaja dengan meluangkan selama1 jam pada waktu senggang ketika di rumah untuk membuka internet bagi melihat-lihat kalau ada tempahan dibuat. Ya segala-agalanya anda lakukan di rumah atau di mana-mana anda membawa note book anda di tempat yang boleh diakses dengan internet. Anda tak perlu sebuah kedai atau menyimpan stok yang banyak. Yang penting anda berjaya menyelesaikan hutang-hutang anda, dan mengeluarkan perbelanjaan atas perkara yang anda dan keluarga anda mahu. Semuanya dilakukan secara senyap-secara going on secreacy, no publicity melainkan dalam talian.