Fail Meja Ketua Panitia Dan Manual Prosedur Kerja Memudahkan Urusan Guru Malaysia
July 29, 2008 10:41 pm Online BusinessAssalamu
Pengetua/Guru Besar
Penolong-Penolong Kanan
Guru-Guru Kanan
Ketua-Ketua Panitia
Guru-guru
Tarikh : Selasa, July 29, 2008.
FAIL MEJA KETUA PANITIA
Sukacita dimaklumkan GuruBashid Dot Com yang diterajui oleh Abd Bashid Hj Harun telah berjaya menghasilkan e-book Fail Meja Ketua Panitia (FMKP) dengan bantuan Saudara Suhail dari ModelNiaga Dot Com yang bertanggungjawab mereka bentuk “cover” e-book tersebut. Saya percaya bahawa ini merupakan e-book yang pertama seumpama ini di Malaysia.
2. Saya turut mengakui bahawa FMKP ini bukanlah sesuatu yang asli daripada saya, tetapi memandangkan kegunaannya begitu penting dan mendesak, saya mengambil inisiatif untuk menaip, menyusun dan mengolahnya semula dalam bentuk e-book agar ia lebih mudah di akses dan dicetak bila-bila perlu. Walaupun ini bukanlah Fail Meja yang paling lengkap, tetapi cukup untuk dijadikan panduan melaksanakan kerja-kerja di sekolah yang meliputi bidang pengurusan kurikulum, khususnya panitia subjek masing-masing.
3. Manual pengurusan panitia yang didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan sistematik. Fail Meja yang didokumenkan merupakan panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru. Ketua Panitia yang baru dilantik akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini. Fail Meja merupakan dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.
4. FMKP dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua Ketua Panitia bagi memantapkan dan melicinkan panitia masing-masing. Secara ringkasnya Fail Meja ini mengandungi Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Panitia, Senarai Tugas Utama Ketua Panitia, Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan Pegawai, Fungsi Utama Ketua Panitia, Aktiviti Setiap Fungsi Utama Ketua Panitia yang melibatkan bidang Kurikulum, Pengurusan, Kokurikulum dan Tugas-Tugas Lain.
5. Seperti juga Manual Prosedur Kerja, Fail Meja ini diringkaskan dalam bentuk Senarai Tugas, Proses Kerja, Carta Aliran, Senarai Semak dan ditambah dengan dua perkara lagi, iaitu Norma Kerja dan Senarai Tugas. Jika Manual Prosedur Kerja melibatkan dokumen rujukan peringkat sekolah, Fail Meja pula merupakan dokumen rujukan di peringkat individu/jawatan. Satu Fail Meja bagi satu jawatan. Justeru Fail Meja Ketua Panitia ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada penghasilan Fail Meja bagi jawatan-jawatan lain seperti guru tingkatan dan guru mata pelajaran.
6. Lazimnya, untuk membuka sesuatu e-book, anda perlukan ke dua-dua perisian seperti adobe acrobat boleh download di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html secara percuma dan download perisian winzip di http://winzip.com/downhome.htm secara percuma juga.
7.Urusan pemesanan/pembelian e-buku ini boleh dilakukan 2 kaedah iaitu melalui bank ataupun kad kredit. Pembelian menerusi kad kredit adalah dalam mata wang USD. Untuk pembelian menerusi kad kredit, anda cuma klik link yang berada di bawah setiap pakej yang anda ingin membeli itu.
“Semoga FMKP dalam bentuk e-book ini akan banyak membantu anda menguruskan panitia anda. Saya mengusahakannya, tetapi kita semualah yang memanfaatkannya.”
Abd Bashid
(Abd Bashid Bin Haji Harun)
Membawa Anda Memahami Dunia Pengurusan Pendidikan Malaysia Yang Berkesan dan Cemerlang.
August 17th, 2008 at 10:57 pm
Tahniah sahabat, ilmu yang ada adalah untuk perkongsian bersama.Salam perjuangan Sahabat NPQH.