Memulakan Bisnes Tapak Semaian Sawit (Nursery Sawit).

Perladangan, Pertanian, Tapak Semaian No Comments

Menjalani bisnes tapak semaian sawit atau juga di kenali sebagai nursery sawit adalah bukan sesuatu yang baru untuk syarikat-syarikat perladangan yang besar. Tetapi sekarang ia telah menjadi suatu minat untuk saya mendedahkan hal pengurusan tapak semaian sawit yang sebenar memandangkan banyak pengusaha-pengusaha kecil yang ingin berubah kepada trend bisnes ini.

Ok, buat pengetahuan umum. Tapak semaian sawit mempunyai 2 kaedah pembangunan iaitu kaedah 1 peringkat (Single Stage) dan 2 Peringkat (Double Stage). Kaedah yang sering dilakukan oleh syarikat perladangan besar ialah double stage. Bagi pekebun-pekebun kecil kebanyakkan menggunakan Single Stage sebagai platform untuk nursery sawit mereka. Sebenarnya tidak jauh bezanya antara single stage dan double stage.

Bagi mereka yang mempunyai keluasan tanah lebih 1 hectare saya sarankan anda menggunakan double stage untuk bisnes nursery anda. Setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Episod kali ini saya ingin terangkan cara pembangunan untuk 2 peringkat (double stage). Untuk sistem ini, anda perlu membahagikan kawasan tanah anda kepada 2 bahagian iaitu kawasan untuk polibeg kecil (6 x 9) dan kawasan untuk polibeg besar (15×18). Segala yang saya akan terangkan ini merupakan “standart” atau piawaian yang anda harus miliki jika anda ingin memulakan bisnes tapak semaian anda.

Untuk pertama kalinya anda harus survey dulu kawasan yang bakal didirikan tapak semaian itu. Setelah anda survey, anda pasti berapakah jumlah keluasan yang anda akan guna untuk pembangunan tapak semaian sawit itu. Jika telah pasti, anda sudah boleh melakukan clearing atau pembukaan kawasan jika kawasan anda itu masih hutan. 1 hectare kawasan boleh memuatkan biji benih antara 12000-12500 biji benih jika jarak polibeg anda “3ft X 3ft X 3ft” segitiga. Jadi, anda boleh agak berapa jumlah biji benih yang bakal anda tempah untuk bisnes anda itu.

Sistem perparitan untuk kawasan tapak semaian anda hendaklah dibina. Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan nurseri sawit anda banjir jika berlaku musim hujan yang lebat.

Pembinaan tapak semaian kecil (6 X 9). Kerja-kerja yang terlibat adalah mengisi tanah di dalam polibeg 6 x 9 dan disusun 10 untuk setiap lajur. Setiap baris boleh memuatkan 2 ribu polibeg. Namun anda boleh melakukan lebih daripada itu jika anda mahu.

Sistem pengairan untuk polibeg kecil boleh menggunakan sumisamsui atau sprinkler. Siraman dilakukan 2 kali sehari selama 1 jam untuk setiap siraman.

…bersambung