October 31, 2008
Perladangan, Pertanian, Tapak Semaian
No Comments
Menjalani bisnes tapak semaian sawit atau juga di kenali sebagai nursery sawit adalah bukan sesuatu yang baru untuk syarikat-syarikat perladangan yang besar. Tetapi sekarang ia telah menjadi suatu minat untuk saya mendedahkan hal pengurusan tapak semaian sawit yang sebenar memandangkan banyak pengusaha-pengusaha kecil yang ingin berubah kepada trend bisnes ini.
Ok, buat pengetahuan umum. Tapak semaian sawit mempunyai 2 kaedah pembangunan iaitu kaedah 1 peringkat (Single Stage) dan 2 Peringkat (Double Stage). Kaedah yang sering dilakukan oleh syarikat perladangan besar ialah double stage. Bagi pekebun-pekebun kecil kebanyakkan menggunakan Single Stage sebagai platform untuk nursery sawit mereka. Sebenarnya tidak jauh bezanya antara single stage dan double stage.
Bagi mereka yang mempunyai keluasan tanah lebih 1 hectare saya sarankan anda menggunakan double stage untuk bisnes nursery anda. Setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Episod kali ini saya ingin terangkan cara pembangunan untuk 2 peringkat (double stage). Untuk sistem ini, anda perlu membahagikan kawasan tanah anda kepada 2 bahagian iaitu kawasan untuk polibeg kecil (6 x 9) dan kawasan untuk polibeg besar (15×18). Segala yang saya akan terangkan ini merupakan “standart” atau piawaian yang anda harus miliki jika anda ingin memulakan bisnes tapak semaian anda.
Untuk pertama kalinya anda harus survey dulu kawasan yang bakal didirikan tapak semaian itu. Setelah anda survey, anda pasti berapakah jumlah keluasan yang anda akan guna untuk pembangunan tapak semaian sawit itu. Jika telah pasti, anda sudah boleh melakukan clearing atau pembukaan kawasan jika kawasan anda itu masih hutan. 1 hectare kawasan boleh memuatkan biji benih antara 12000-12500 biji benih jika jarak polibeg anda “3ft X 3ft X 3ft” segitiga. Jadi, anda boleh agak berapa jumlah biji benih yang bakal anda tempah untuk bisnes anda itu.
Sistem perparitan untuk kawasan tapak semaian anda hendaklah dibina. Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan nurseri sawit anda banjir jika berlaku musim hujan yang lebat.
Pembinaan tapak semaian kecil (6 X 9). Kerja-kerja yang terlibat adalah mengisi tanah di dalam polibeg 6 x 9 dan disusun 10 untuk setiap lajur. Setiap baris boleh memuatkan 2 ribu polibeg. Namun anda boleh melakukan lebih daripada itu jika anda mahu.
Sistem pengairan untuk polibeg kecil boleh menggunakan sumisamsui atau sprinkler. Siraman dilakukan 2 kali sehari selama 1 jam untuk setiap siraman.
…bersambung
October 28, 2008
Info Sexs, Kesihatan
No Comments
Panduan lengkap teknik pancutkan isteri untuk anda yang menginginkan kepuasan semasa berjimak bersama Isteri tercinta. Panduan ini adalah satu-satunya panduan yang PERTAMA!! seumpama ini dalam Negara Kita. Ebook ini hanya sesuai untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga atau yang telah mendirikan rumah tangga. Sebagai seorang manusia, kemestian berjimak adalah menjadi tanggungjawab buat insan yang bernama suami dan isteri. Oleh itu, soal kepuasan bersama semasa berjimak amat perlu dititik beratkan oleh setiap bakal suami dan isteri. Untuk memenuhi kehendak dan anugerah yang telah dikurniakan kepada kita oleh Allah S.W.T yang tidak terhingga ini, jimak memerlukan suatu teknik dan seharusnya perlu diperhalusi oleh semua suami dan bakal suami serta isteri dan bakal isteri. Jadi segalanya telah diperincikan dalam sebuah panduan yang bakal membantu anda dalam menangani masalah seksologi. Tanpa teknik yang betul, anda tidak akan mendapat kepuasan semaksima yang mungkin. Kepuasan yang maksima akan mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri. Dengan izin Allah S.W.T, rumah tangga anda akan terus bahagia. Klik pada ebook dibawah untuk mengetahui rahsia yang tidak pernah anda alami sebelum ini, semoga berjaya membuatkan isteri anda pancut.

October 22, 2008
Online Business
No Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Info pada kali ini, saya ingin memberitahu bahawa terdapat 3 kesilapan yang biasa dilakukan oleh para affiliate. Kesilapan ini pernah saya lakukan dulu dan saya beritahu anda supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi kepada anda. Dalam setiap apa yang kita lakukan mestilah ada “planning”….tak boleh main hentam saja terutamanya dalam mempromosikan sesuatu produk.
Apakah 3 kesilapan itu?
Yang pertama, menyertai terlalu banyak program affiliate.
Cara ini tidak bagus sebenarnya. Semua benda nak join. Lepas tu, promote kat blog sekali gus.. Pelawat datang ke blog anda biasanya ingin mencari info. Jadi, bila mereka melihat terlalu banyak
iklan, mereka tak akan datang lagi ke blog anda. Jualan tak dapat, pelawat pun berkurang… =p
Kedua, memilih program affiliate yang salah.
Yang ni mudah saja nak faham…tersalah niche. Sebagai contohnya, blog anda menceritakan tentang guru malaysia, anda pula mempromosikan produk pemasaran internet. Memang tak sesuai kan..hehe. Sepatutnya, biarlah kena dengan tema blog anda. Mungkin boleh promosikan ebook “Teknik Mengajar Berkesan” atau “Manual Prosedur Kerja“. Itu contoh sahaja..
Dan last (ketiga), tidak menggunakan produk yang dipromosi terlebih dahulu.
Anda sepatutnya menggunakan terlebih dahulu produk yang ingin di promosi. Ini kerana, jika pelanggan anda bertanya tentang produk tersebut, anda boleh menerangkan kepada mereka.
Bayangkan jika anda tidak dapat menerangkan dengan baik atau anda tersalah memberi info…lain kali mereka tidak akan mempercayai anda lagi.
Itulah 3 kesilapan yang biasa dilakukan oleh para affiliate. Jika sebelum ni anda ada melakukannya, harap lepas ni tak buat lagi.
October 19, 2008
Journal
No Comments
Kesibukkan yang memanjang menjadikan masa saya agak terhad untuk mengupdate isi kandungan blog guruniaga.com. Setelah blog lama saya sering menghadapi masalah, saya rasa ada baiknya saya mulakan kembali kreadibiliti saya di blog yang masih muda ini. Buat julung kalinya, saya ingin berkongsi beberapa pengalaman bisnes internet yang saya sudah lalui dan telah mendapat pulangan. Model bisnes internet yang anda boleh lakukan dan terbukti mampu memberi pulangan adalah:
- Model Bisnes Google Adsense
- Model Bisnes Affiliate
- Model Bisnes Sendiri
Inilah antara 3 model bisnes internet yang terbukti mampu memberi pendapatn sampingan kepada anda. Sebenarnya saudara, semua orang mampu memiliki bisnes sendiri walaupun di mana anda sedang berada hanya dengan memiliki sebuah blog. Pengalaman saya sebagai seorang yang bekerja di dalam hutan juga mampu memberi pendapatan sedikit sebanyak melalui internet ini.
Harapan saya terhadap blog Guruniaga Dot Com ini adalah untuk memberi sebanyak mana maklumat kepada pembaca setia disamping selalu update dengan artikel-artikel baru. Tidak lupa Terima kasih saya ucapkan kepada Namsahaz.Com iaitu Penyedia Hosting bagi Blog Guruniaga Dot Com.
Sekian dulu buat mukadimah pada hari ini.