Memulakan Bisnes Tapak Semaian Sawit (Nursery Sawit).

Perladangan, Pertanian, Tapak Semaian No Comments

Menjalani bisnes tapak semaian sawit atau juga di kenali sebagai nursery sawit adalah bukan sesuatu yang baru untuk syarikat-syarikat perladangan yang besar. Tetapi sekarang ia telah menjadi suatu minat untuk saya mendedahkan hal pengurusan tapak semaian sawit yang sebenar memandangkan banyak pengusaha-pengusaha kecil yang ingin berubah kepada trend bisnes ini.

Ok, buat pengetahuan umum. Tapak semaian sawit mempunyai 2 kaedah pembangunan iaitu kaedah 1 peringkat (Single Stage) dan 2 Peringkat (Double Stage). Kaedah yang sering dilakukan oleh syarikat perladangan besar ialah double stage. Bagi pekebun-pekebun kecil kebanyakkan menggunakan Single Stage sebagai platform untuk nursery sawit mereka. Sebenarnya tidak jauh bezanya antara single stage dan double stage.

Bagi mereka yang mempunyai keluasan tanah lebih 1 hectare saya sarankan anda menggunakan double stage untuk bisnes nursery anda. Setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Episod kali ini saya ingin terangkan cara pembangunan untuk 2 peringkat (double stage). Untuk sistem ini, anda perlu membahagikan kawasan tanah anda kepada 2 bahagian iaitu kawasan untuk polibeg kecil (6 x 9) dan kawasan untuk polibeg besar (15×18). Segala yang saya akan terangkan ini merupakan “standart” atau piawaian yang anda harus miliki jika anda ingin memulakan bisnes tapak semaian anda.

Untuk pertama kalinya anda harus survey dulu kawasan yang bakal didirikan tapak semaian itu. Setelah anda survey, anda pasti berapakah jumlah keluasan yang anda akan guna untuk pembangunan tapak semaian sawit itu. Jika telah pasti, anda sudah boleh melakukan clearing atau pembukaan kawasan jika kawasan anda itu masih hutan. 1 hectare kawasan boleh memuatkan biji benih antara 12000-12500 biji benih jika jarak polibeg anda “3ft X 3ft X 3ft” segitiga. Jadi, anda boleh agak berapa jumlah biji benih yang bakal anda tempah untuk bisnes anda itu.

Sistem perparitan untuk kawasan tapak semaian anda hendaklah dibina. Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan nurseri sawit anda banjir jika berlaku musim hujan yang lebat.

Pembinaan tapak semaian kecil (6 X 9). Kerja-kerja yang terlibat adalah mengisi tanah di dalam polibeg 6 x 9 dan disusun 10 untuk setiap lajur. Setiap baris boleh memuatkan 2 ribu polibeg. Namun anda boleh melakukan lebih daripada itu jika anda mahu.

Sistem pengairan untuk polibeg kecil boleh menggunakan sumisamsui atau sprinkler. Siraman dilakukan 2 kali sehari selama 1 jam untuk setiap siraman.

…bersambung

Pancutkan Isteri Anda Dengan “Panduan Lengkap Teknik Pancutkan Isteri”

Info Sexs, Kesihatan No Comments

Panduan lengkap teknik pancutkan isteri untuk anda yang menginginkan kepuasan semasa berjimak bersama Isteri tercinta. Panduan ini adalah satu-satunya panduan yang PERTAMA!! seumpama ini dalam Negara Kita. Ebook ini hanya sesuai untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga atau yang telah mendirikan rumah tangga. Sebagai seorang manusia, kemestian berjimak adalah menjadi tanggungjawab buat insan yang bernama suami dan isteri. Oleh itu, soal kepuasan bersama semasa berjimak amat perlu dititik beratkan oleh setiap bakal suami dan isteri. Untuk memenuhi kehendak dan anugerah yang telah dikurniakan kepada kita oleh Allah S.W.T yang tidak terhingga ini, jimak memerlukan suatu teknik dan seharusnya perlu diperhalusi oleh semua suami dan bakal suami serta isteri dan bakal isteri. Jadi segalanya telah diperincikan dalam sebuah panduan yang bakal membantu anda dalam menangani masalah seksologi. Tanpa teknik yang betul, anda tidak akan mendapat kepuasan semaksima yang mungkin. Kepuasan yang maksima akan mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri. Dengan izin Allah S.W.T, rumah tangga anda akan terus bahagia. Klik pada ebook dibawah untuk mengetahui rahsia yang tidak pernah anda alami sebelum ini, semoga berjaya membuatkan isteri anda pancut.

10 Panduan Lengkap Membuatkan Isteri Anda Pancut Awal

3 kesilapan biasa dalam strategi pemasaran link affiliate anda.

Online Business No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Info pada kali ini, saya ingin memberitahu bahawa terdapat 3 kesilapan yang biasa dilakukan oleh para affiliate. Kesilapan ini pernah saya lakukan dulu dan saya beritahu anda supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi kepada anda. Dalam setiap apa yang kita lakukan mestilah ada “planning”….tak boleh main hentam saja terutamanya dalam mempromosikan sesuatu produk.

Apakah 3 kesilapan itu?

Yang pertama, menyertai terlalu banyak program affiliate.

Cara ini tidak bagus sebenarnya. Semua benda nak join. Lepas tu, promote kat blog sekali gus.. Pelawat datang ke blog anda biasanya ingin mencari info. Jadi, bila mereka melihat terlalu banyak
iklan, mereka tak akan datang lagi ke blog anda. Jualan tak dapat, pelawat pun berkurang… =p

Kedua, memilih program affiliate yang salah.

Yang ni mudah saja nak faham…tersalah niche. Sebagai contohnya, blog anda menceritakan tentang guru malaysia, anda pula mempromosikan produk pemasaran internet. Memang tak sesuai kan..hehe. Sepatutnya, biarlah kena dengan tema blog anda. Mungkin boleh promosikan ebook “Teknik Mengajar Berkesan” atau “Manual Prosedur Kerja“. Itu contoh sahaja..

Dan last (ketiga), tidak menggunakan produk yang dipromosi terlebih dahulu.

Anda sepatutnya menggunakan terlebih dahulu produk yang ingin di promosi. Ini kerana, jika pelanggan anda bertanya tentang produk tersebut, anda boleh menerangkan kepada mereka.

Bayangkan jika anda tidak dapat menerangkan dengan baik atau anda tersalah memberi info…lain kali mereka tidak akan mempercayai anda lagi.

Itulah 3 kesilapan yang biasa dilakukan oleh para affiliate. Jika sebelum ni anda ada melakukannya, harap lepas ni tak buat lagi.

Harapan Terhadap Blog Guruniaga Dot Com

Journal No Comments

Kesibukkan yang memanjang menjadikan masa saya agak terhad untuk mengupdate isi kandungan blog guruniaga.com. Setelah blog lama saya sering menghadapi masalah, saya rasa ada baiknya saya mulakan kembali kreadibiliti saya di blog yang masih muda ini. Buat julung kalinya, saya ingin berkongsi beberapa pengalaman bisnes internet yang saya sudah lalui dan telah mendapat pulangan. Model bisnes internet yang anda boleh lakukan dan terbukti mampu memberi pulangan adalah:

  1. Model Bisnes Google Adsense
  2. Model Bisnes Affiliate
  3. Model Bisnes Sendiri

Inilah antara 3 model bisnes internet yang terbukti mampu memberi pendapatn sampingan kepada anda. Sebenarnya saudara, semua orang mampu memiliki bisnes sendiri walaupun di mana anda sedang berada hanya dengan memiliki sebuah blog. Pengalaman saya sebagai seorang yang bekerja di dalam hutan juga mampu memberi pendapatan sedikit sebanyak melalui internet ini.

Harapan saya terhadap blog Guruniaga Dot Com ini adalah untuk memberi sebanyak mana maklumat kepada pembaca setia disamping selalu update dengan artikel-artikel baru. Tidak lupa Terima kasih saya ucapkan kepada Namsahaz.Com iaitu Penyedia Hosting bagi Blog Guruniaga Dot Com.

Sekian dulu buat mukadimah pada hari ini.

Fail Meja Ketua Panitia Dan Manual Prosedur Kerja Memudahkan Urusan Guru Malaysia

Online Business 1 Comment

Assalamu

alaikum wr wbt/Salam Sejahtera,

Pengetua/Guru Besar
Penolong-Penolong Kanan
Guru-Guru Kanan
Ketua-Ketua Panitia
Guru-guru

 

Tarikh : Selasa, July 29, 2008.


FAIL MEJA KETUA PANITIA

Sukacita dimaklumkan GuruBashid Dot Com yang diterajui oleh Abd Bashid Hj Harun telah berjaya menghasilkan e-book Fail Meja Ketua Panitia (FMKP) dengan bantuan Saudara Suhail dari ModelNiaga Dot Com yang bertanggungjawab mereka bentuk “cover” e-book tersebut. Saya percaya bahawa ini merupakan e-book yang pertama seumpama ini di Malaysia.
 

2. Saya turut mengakui bahawa FMKP ini bukanlah sesuatu yang asli daripada saya, tetapi memandangkan kegunaannya begitu penting dan mendesak, saya mengambil inisiatif untuk menaip, menyusun dan mengolahnya semula dalam bentuk e-book agar ia lebih mudah di akses dan dicetak bila-bila perlu. Walaupun ini bukanlah Fail Meja yang paling lengkap, tetapi cukup untuk dijadikan panduan melaksanakan kerja-kerja di sekolah yang meliputi bidang pengurusan kurikulum, khususnya panitia subjek masing-masing.

 

3. Manual pengurusan panitia yang didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan sistematik. Fail Meja yang didokumenkan merupakan panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru. Ketua Panitia  yang baru dilantik akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini. Fail Meja merupakan dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.

4. FMKP dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua Ketua Panitia bagi memantapkan dan melicinkan panitia masing-masing. Secara ringkasnya Fail Meja ini mengandungi Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Panitia, Senarai Tugas Utama Ketua Panitia, Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan Pegawai, Fungsi Utama Ketua Panitia, Aktiviti Setiap Fungsi Utama Ketua Panitia yang melibatkan bidang Kurikulum, Pengurusan, Kokurikulum dan Tugas-Tugas Lain.

5. Seperti juga Manual Prosedur Kerja, Fail Meja ini diringkaskan dalam bentuk Senarai Tugas, Proses Kerja, Carta Aliran, Senarai Semak dan ditambah dengan dua perkara lagi, iaitu Norma Kerja dan Senarai Tugas. Jika Manual Prosedur Kerja melibatkan dokumen rujukan peringkat sekolah, Fail Meja pula merupakan dokumen rujukan di peringkat individu/jawatan. Satu Fail Meja bagi satu jawatan. Justeru Fail Meja Ketua Panitia ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada penghasilan Fail Meja bagi jawatan-jawatan lain seperti guru tingkatan dan guru mata pelajaran.

6. Lazimnya, untuk membuka sesuatu e-book, anda perlukan ke dua-dua perisian seperti adobe acrobat boleh download di http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html secara percuma dan download perisian winzip di http://winzip.com/downhome.htm secara percuma juga.

7.Urusan pemesanan/pembelian e-buku ini boleh dilakukan 2 kaedah iaitu melalui bank ataupun kad kredit. Pembelian menerusi kad kredit adalah dalam mata wang USD.  Untuk pembelian menerusi kad kredit, anda cuma klik link yang berada di bawah setiap pakej yang anda ingin membeli itu.

“Semoga FMKP dalam bentuk e-book ini akan banyak membantu anda menguruskan panitia anda. Saya mengusahakannya, tetapi kita semualah yang memanfaatkannya.”

-KLIK SEKARANG-

Yang benar,

  Abd Bashid

(Abd Bashid Bin Haji Harun)

Membawa Anda Memahami Dunia Pengurusan Pendidikan Malaysia Yang Berkesan dan Cemerlang.

GuruBashid.Com

Gurubashid.Com/blog

 

 

Perniagaan Melalui Talian Satu Pilihan

Online Business No Comments

Banyak bentuk perniagaan yang boleh diceburi oleh mereka yang sibuk dan berkerjaya. Antaranya perniagaan secara online. Kebanyakan kita masih mengharapkan tambahan pendapatan daripada sumber  yang sedia ada. Maklumlah banyak biaya yang perlu ditanggung yang  sekarang semakin terasa kesan kenaikannya. Tetapi kita tidak mahu penglibatan kita begitu ketara sehingga disalah tafsir sebagai melakukan kerja lain dan mengganggu kerja utama kita. Sebagai contoh anda memiliki kain batik untuk dijual, tetapi anda rasa bersalah untuk menjualnya di tempat kerja. Memang salah pun. Tetapi jika anda memiliki web jualan sendiri anda boleh memasarkannya secara online atau menjualnya di ebay sahaja. Majikan anda tidak akan melihat kelibat anda menjual kain batik dan dengan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah ke atas anda sebagai kakitangan awam. Anda melakukannya secara sambilan sahaja dengan meluangkan selama1 jam pada waktu senggang ketika di rumah untuk membuka internet bagi melihat-lihat kalau ada tempahan dibuat. Ya segala-agalanya anda lakukan di rumah atau di mana-mana anda membawa note book anda di tempat yang boleh diakses dengan internet. Anda tak  perlu sebuah kedai atau menyimpan stok yang banyak. Yang penting anda berjaya menyelesaikan  hutang-hutang anda, dan mengeluarkan perbelanjaan atas perkara yang anda dan keluarga anda mahu. Semuanya dilakukan secara senyap-secara going on secreacy, no publicity melainkan dalam talian.

Menjana Pendapatan Dengan Program Internet “Google Adsense”

google adsense No Comments

Google Adsense merupakan suatu program internet yang paling realiti antara banyak-banyak program Pay Per Click (PPC). Sememangnya banyak laman web atau blog yang menceritakan tentang program ini. Malaysia adalah Negara No. 1 yang paling banyak menggunakan “perkataan” atau “keyword” google adsense. Ini adalah realitinya. Jadi saya rasa ada juga antara kita (Rakyat Malaysia) yang masih tidak tahu hakikat perkara ini sedangkan mereka selalu melayari internet saban hari mencari maklumat.

Saya memberi jalan kepada anda semua untuk menyertai program seumpama ini. Jangan bazirkan masa anda lagi dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Gunakan Internet sebagai medium buat duit online anda sekarang.